dulu & sekarang …

Posted: 27 September, 2011 in Uncategorized

Memang aku respect! merata aku berjalan dekat mana-mana, mesti aku nampak kelibat manusia pegang DSLR … memang tak dinafikan ramai yang dah ada DSLR … dunia photography makin berkembang di Malaysia … salute! adakah ni pertumbuhan yang baik atau sebaliknya? tergugatkah ‘orang-orang lama’ yang sekian lama membuat business dengan camera dengan kedatangan orang-orang baru ini? tepuk dada, tanya selera … setiap hari, ada saja photos yang di tag di facebook … photos rata-ratanya memang superb! sampai sekarang aku masih belajar lagi dalam dunia photography … banyak perlu aku belajar sebenarnya … aku tak puas! haha … alhamdulillah, semalam aku dah let go semua barang camera yang sekian lama aku gunakan … hope camera tu dapat berkhidmat dengan owner barunya … hehe … photo dekat atas ni captured by Farisan (officemate aku yang baru beli camera), aku sekadar edit sikit dan share dekat sini … minta C&C jika ada … insyallah dalam entry akan datang, aku cuba upload travel log aku ke syria & jordan … till then, take care!

salam aidilfitri, maaf zahir batin … blog orang lain semua upload gambar raya, aku pula sibuk nak upload gambar experiment … kira gambar raya juga la ni ye … hehe … actually photoshoot ni last minute plan … pukul 12 malam aku start setting equipment semua … 4 hour session juga la baru habis semua … aku upload satu … photos yang lain tu aku edit main-main je … hope dalam entry akan datang, aku boleh come out dengan idea-idea lain pula … till then, take care!

eurotrip – bath (3D 2N)

Posted: 11 August, 2011 in Uncategorized

1st of all aku nak wish selamat berpuasa pada semua blogger yang baca blog aku selama ni … aku rasa tak terlambat lagi nak wish kan? hehe … sorry sangat busy dengan works, life & so on … aku akan sambung travel blog aku yang seterusnya dalam entry kali ini …

Agak lama juga aku posted last entry aku dekat Manchester tu … maklum la, big fan … haha … so lepas aku pergi ke Manchester, aku continue my journey to the next destination which is Bath Spa! pernah dengar? pada mulanya, aku akui memang aku pun tak pernah dengar tapi bila diselidik dalam google, travel book & refer pada member-member yang study dekat UK, baru la aku dapat info serba sedikit …

Pada mulanya aku jejak kaki di Bath Spa Railway Station, aku rasa tempat ni sangat relax … tak macam town-town lain yang aku dah pernah jejak kaki … bising & serabut! tapi kat sini angin, cuaca, bangunan, orang dekat Bath Spa semua aku rasa cool! kalau aku dah pencen one day, aku nak repeat balik berjalan dekat Bath Spa! memang sesuai untuk orang-orang tua nak mencari ketenangan … hehe … so di Bath Spa, aku stay dekat Pratt’s Hotel … hotel ini murah tapi selesa, besar & bersih …

Dekat Bath Spa, macam-macam aktiviti boleh buat:

  1. Roman Bath
  2. Stonehenge
  3. Thermae Bath Spa
  4. Bath Abbey
  5. Crop Circle (Near Stonehenge)
  6. Pulteney Bridge
  7. Longleat Safari Park

Aku nak ke Stonehenge dari Bath Spa, aku book online bus ticket dengan Scarpertours … bus driver sangat friendly and information yang dia bagi sangat clear … normally perjalanan dari Bath Spa ke Stonehenge mengambil masa lebih kurang 1 jam …

Makan & minum dekat sini sangat senang nak dapat … berhampiran hotel aku stay pun ada restoran makanan thai … for those yang book lovers, ada satu bookshop yang sangat murah & ada buku seconhand dekat Inprint Bookshop … rugi kalau tak borong banyak dekat situ … hehe

ok guys, sampai kita bertemu dalam next entry … take care & selamat berbuka!

MISI : Mencari Roti Goreng! owh nice owh!

eurotrip – manchester (1D)

Posted: 24 July, 2011 in Uncategorized

United! United! United! finally, aku dapat pergi ke Manchester … Since I was 12, I love this team … ni semua gara-gara member aku hasut suruh support Manchester United … Cantona, Scholes & Giggs … those 3 players punca aku minat team ni … Since that aku nak sangat pergi Old Trafford … haha … tu cerita lama … anyway, here I am!

Aku bertolak dari Liverpool agak pagi juga … punya la excited aku menunggu National Express Bus kt station … Perjalanan mengambil masa 45 mins from Liverpool … Hujan renyai pagi tu sedikit pun tak patahkan semangat aku … jejak kaki dekat station bus Manchester, terus naik taxi ke Old Trafford … Manchester merupakan salah satu metropolitan area yang terbesar dalam United Kingdom … perjalanan dari bus station ke Old Trafford mengambil masa 15 mins … dari jauh aku dah nampak Old Trafford … you can ask my wife bertapa excited nya aku bila jejak kaki depan Old Trafford … goose bumps wei! haha

So once dah sampai Old Trafford, aku memang tak lepas peluang layan Museum & StadiumTour & shopping dekat Megastore … untuk ticket Museum & Stadium Tour, aku memang dah online booking before aku ke UK lagi … senang sikit … tak perlu beratur sebab normally untuk Museum & Stadium Tour ada limitation sikit dari segi masa & available date … aku still ingat lagi, the next day (Super SUnday) ada game between Manchester United & Chelsea … macam biasa la, Chelsea kalah 2-1 … haha

A few photos aku shared untuk kamu semua … UNITED! haha

Liverpool!  ini lah destinasi aku selepas Amsterdam … haha … nasib baik aku bukan big fan team liverpool … tapi aku looking forward nak pergi Liverpool sebab nak tengok sendiri hometown favorite band aku iaitu The Beatles! so dari Amsterdam ke Liverpool, aku naik Easy Jet … kira macam flight tambang murah Air Asia la … perjalanan mengambil masa sejam je … dekat Liverpool aku bermalam di Ullet Suites … aku booking online before aku ke Liverpool … yang peliknya, bila aku masuk rumah ni, tak ada front desk or receptionist yang sambut … aku cuma dapat sms dari owner … tu pun password pintu depan dengan pintu bilik aku je … creepy kan? tapi aku rasa sangat cool sistem dia orang ni … haha … aku sampai dah hampir malam … so malam tu aku tak buat apa-apa, cuma unpack sikit baju dalam luggage …

So dekat Liverpool ni, puas la aku berjalan sekitar town dia … boleh dikatakan Liverpool ni tempat yang sangat tenang … town yang sangat besar buat aku exercise banyak dengan berjalan … aku pergi ke Albert Dock untuk sampai ke tempat yang aku tunggu-tunggu bila sampai di Liverpool … Beatles Story! untuk fan The Beatles, kamu dapat tengok sendiri sejarah band The Beatles ni … dari history part sampai la ke merchandise … memang best! sempat la aku borong sikit barang-barang The Beatles …

Jangan tak tahu Liverpool ni ada kaitan dengan kapal famous Titanic tu … kat sini ada review pasal history tu …

Dekat Liverpool, aku sempat jumpa dengan Zuhri, neighbor aku yang study dekat sana … layanan korang memang best … terasa macam dekat Malaysia pula … time ni la aku melepaskan geram pekena nasi beriyani … haha … wife Zuhri pun time ni dah sarat mengandung & baru-baru ni aku dapat message dari Zuhri kata yang wife dia dah delivered baby girl … alhamdulillah … newborn dekat Liverpool … jangan ko letak nama Siti Nur Gerrard dah la ye … haha … ada a few photos aku share untuk kamu semua … peace!