eurotrip – I am sterdam (5D 4N)

Posted: 17 June, 2011 in Uncategorized

from Paris to Amsterdam, aku naik Thalys Train … perjalanan mengambil masa dalam 3 jam dan ada 5 stations train akan berhenti … dekat sini la kejadian camera aku kena curi … masuk je train ni, aku terus letak camera bag in between 2 luggage aku dekat compartment atas kepala …  dalam sibuk aku main game dekat Iphone aku, train berhenti di station berikutnya … orang ramai turun naik di train station tu … time ni aku mula terdetik dalam hati yang barang-barang kena check … aku mendongak dan  tengok compartment atas kepala aku … darah mula berderau … tangan dah start shacking … aku tenang lagi perhatikan compartment tu …

sah! camera bag aku dah tak ada … aku & wife aku bangun mencari sepanjang train tu … train dah menunjukkan tanda-tanda dah nak mula bergerak … wife aku bertanya pada conductor train & passenger belakang kami … kata perempuan orang putih tu, dia nampak ada one guy smart looking (tak nampak macam pencuri) ambil bag dekat compartment tu & perempuan tu tak syak apa-apa pun … semua perasaan datang serang aku masa tu … tangan start shacking, mata dah mula bergenang & kepala dah tak boleh berfikir … aku terduduk … termenung mengenangkan camera and gambar-gambar aku dah shoot … Prince William & Kate’s Wedding, gambar dekat Paris & macam-macam lagi …

wife aku cool down kan aku sepanjang perjalanan … thanks to her … kalau tak, mau je aku turun train & cari dekat sekitar train station tadi … wife aku banyak support time aku tengah down … bersyukur aku ada dia 🙂 journey kena diteruskan …jejak je kaki dekat Amsterdam Centraal, wife aku buat report dekat police station … tu la cerita kejadian camera bag aku hilang …

for those yang baru jejak kaki di Amsterdam ni, first of all, kamu kena pergi ke GVB Office … betul-betul depan Amsterdam Centraal untuk beli GVB Ticket …

[tips] GVB ticket ni macam Touch n Go di Malaysia … kamu boleh beli ikut hari/jam … GVB ticket ni boleh digunakan dekat semua public transport di Amsterdam … Tram, Bus or Train … dekat GVB office juga, kamu boleh dapatkan Amsterdam maps & public transport maps …

untuk 5 hari 4 malam di Amsterdam, aku stay di loteng Chris  … owner sangat peramah and very helpful … keadaan loteng yang sangat bersih dan selesa buat aku rasa sangat relax … aku memang suggest tempat ni memandangkan kedudukan strategic rumahnya di kawasan Damrak Square … kebanyakannya aku bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan TRAM sahaja …

Ni antara tempat yang aku sempat singgah di Amsterdam:

  1. Sex Museum – Along the way Damrak Road (5 mins walking distance from Amsterdam Centraal)
  2. Madame Tussauds – Tram Number (4, 9, 16, 24, 25)
  3. De Nieuwe Kerk – Tram Number (4, 9, 16, 24, 25)
  4. National Monument – Tram Number (4, 9, 16, 24, 25)
  5. Oude Kerk – (4, 9, 16, 24, 25)
  6. Rijksmuseum – Tram Number (2, 5)
  7. I AMSTERDAM Block Letters – Tram Number (2, 5)
  8. Vondelpark – Tram Number (2)
  9. Hard Rock – Tram Number(1, 2, 5, 7, 10)
  10. Amsterdam Dungeon – Tram Number (4, 9, 14, 16, 24, 25)
  11. Anne Frank House – Tram Number (13, 14, 17)
  12. Amsterdam Tulips Museum – Tram Number (13, 14, 17)
  13. The Pancake Bakery BV (You should try!) – Tram Number (13, 14, 17)
  14. Westerkerk – Tram Number (13, 14, 17)
  15. Red Light District – Along the way Damrak Road (10 mins walking distance from Amsterdam Centraal)
  16. Keukenhof – By Bus (You can buy the bus ticket at Tours & Tickets branches)
Don’t be surprised! if you guys pergi Amsterdam especially The Red Light District  ada bau weeds or ternampak ‘famous windows’ with sexy girls,dressed in eye-popping underware … sempat juga aku borak dengan one of the girls … normally hookers dekat sini siang kerja bank or government servant but malam pula mereka bekerja as a hooker … prostitution & weeds are legal in Amsterdam!


[tips] beware! don’t simply take photos hookers dekat Red Light District … It’s illegal!

Comments
  1. achika says:

    travelling n taking photo kan synonym… 🙂 tp sy pun pernah kehilangan lens n barang2 lain waktu travel d beijing… frust jugak la.. nasib la paspot tak hilang… 🙂

  2. Yati says:

    Cantik sungguh gambar2nya….

  3. gadisbunga says:

    puas hati tgk semua gambo!

    tapi yg 1st in the list tu mesti yang itu ek? hahahaa!!!

  4. bestnya baca yr trip ke europe.. terimbau habis kenangan masa kitorang kat sana dulu hehe.. tempat2 cantik kan, cumanya saya ni tak pandai ngambik gambo hehe.. tapi gmbar2 kat blog ni semuaa lawa2 lah, tangan berseni kata orang.. 🙂
    saya dapat bayangkan perasaan kehilangan kamera tu.. mixed feeling kan, geram, marah, sedih semua ada..

  5. Pencuri itu untung 2 benda – kamera dan gambar2 yg disnap
    But the gains are temporary in nature
    He/she will regret later

  6. ezaiedinRIN says:

    kesal juga dengar kisah yg terjadi tu.. cabaran ni bro., just pendapat.. isi dalam kamera dengan imej2 moment dirakamkan itu yg tinggi nilai nya.. kalau nk banding dengan kamera..
    ikutkan semua pun penting.. memori tu yg sekali je utk kita dapatnya…
    kuat semangat bro.. bina baru..
    kalau di ipoh.. rmi nikon user pun dah beralih pada mark2..
    harge pun lebih rendah banding d700.. specs nya pun good lg..

  7. maya amir says:

    aduhh bro..betul2 xde rezeki..takpe insya allah ade yg lebih besar lps ni:)

  8. schoepentoeter says:

    Sabar banyak2 bro…. 🙂

  9. azurachan says:

    Semuanya ada hikmah..
    Tulip! Lovely~

  10. bEe says:

    Uiiitt..
    Bunga tulip yg cantik 😉
    Suka sgt….

  11. rasa sedih tak dapat digambarkan apabila barang kesayangan hilang dikebas orang… apatah lagi barang itu byk khazanah yg tersimpan di dlmnya… sabar je.. ada rezeki nanti boleh beli lain sebagai ganti.. mungkin akan dapat yg lebih baik…

  12. biar betul, siang keje lain, malam keje lain, dh ok per kerja bank ngan gomen tu.. huhu

  13. baayah says:

    InsyaAllah, moga ada pengganti barang yg hilang tu….
    gambar2 ni semuanya cantik dan kelas gitu….
    teruja melihatnya….utk sampai sendiri ke sana, ntah bila la…. 😉

  14. @Min says:

    -memang best layan gambar2 yg d ambil saudara….
    -tumpang simpati ngan kejadian yg menimpa…..kalo kena kat saya…uchhhh…camnelah gamaknya….:(

  15. Zairin says:

    Lawa pandangan di Amsterdam. Di you go to the red lights area? Wonder is it still there? I went there zaman tok adam in 1984.

    • The Z says:

      It is very much still there. Red, wild and kicking. 😉 i guess those girls on magazines are more appealing and tempting rather than those real ones inside the glass rooms. So i pass this one. We really loved the tram system, so efficient and convenient!

  16. saya simpati ngan bro. kalau saya sendiri yg mengalami sedemikian mungkin akan tensen tahap gaban jugak. apapun insya Allah kalau ada rezeki lagi belila yg lebih power ye bro….

  17. k.intan says:

    oh kena copek la cameranya ye. adalah hikmah di sebaliknya tu Allah maha mengetahui. Apa pun berbaloi trip tu kan, tmpt best pix lawa3. akak suka tulips tu. insyaAllah satu hari nanti moga ada rezeki jejak ke sana.

  18. fiziskandarZ says:

    ouch. that must have hurts really bad, i’m not sure myself if i can handle it 😦 xper xper, every cloud has a liver lining. mungkin Allah dah reserve rezeki yg jauh lebih best in the future 🙂 we want more! we want more story! 😀

Leave a reply to gadisbunga Cancel reply