sahur …

Posted: 18 August, 2010 in Uncategorized

hehe … entry kali ni nampak sangat aku bosan tak ada job photoshoot bulan puasa ni … shoot jari pun jadi … hahaha … alhamdulillah dua wedding album dah settle … in coming job dalam bulan 9 … ada birthday party … insyallah …

ni cerita sahur semalam …

kriiinnnnggg~! jam loceng aku berbunyi nyaring memecah kesunyian subuh … tanda aku untuk bangun dan bersahur … “hmm … kejap lagi la bangun …” tunggu mak aku siap masak baru turun … terasa malas menyelubungi badan ni nak bangun sahur … aku terlelap kejap …

selang beberapa minit, aku terjaga semula … selak blanket, pergi toilet, gosok gigi … mata melirik jam dekat tangan … “ada 10 minit lagi nak imsak” bisik hati aku … aku turun ke dapur …

“eh? gelap? mak aku tak bangun lagi ke?” aku mula tak sedap hati … aku ketuk pintu bilik mak aku … selang 3 minit aku ketuk tak ada orang buka … aku cuba pusing tombol pintu … “ya allah!” aku geleng kepala & tergelak sorang-sorang …

ending nya aku minum air kosong disebabkan tak sempat nak masak & makan apa-apa …

p/s : pastikan jangan over confident di pagi subuh … aku lupa mak aku outstation … errghh~!

Comments
  1. zara7696 says:

    hahaha. confident pun susah, tak confident pun susah nie fareast! anyway, selamat berpuasa!

  2. azurachan says:

    Kesiannya.. muhuhu.

  3. tutcute says:

    haha! xpe2. asalkan sahur. insyaallah dpt juga pahala sahur itu😀

  4. tutcute says:

    re : yea lama x dgr cite juga. happy ramadhan😀

  5. Yati says:

    He..he..kelakar lah Fareast ni. Loceng bunyi, bangun terus. Kejab lagi…kejab lagi…selalunya mesti terbabas.

  6. fiziskandarz says:

    lol!! we were both laughing our lungs out reading this!! kasihannyer haa xper xper kalu x sahur nanti bila buka buleh makan xtra special hoho🙂 cute picture tho😉

  7. ezaiedinRIN says:

    …di kala terlewat jaga, minum air suam banyak sikit pun boleh
    membantu puasa kita ni.. pasti dugaan tetap ada dengannya..
    antara kecil dan besar ujiannya..

    ..ya bro., bulan berehat kira ni..

  8. ::: [hehehe] mak bro pi outstation rupa2nyer.. lerr minum air masak jer?
    ::: milo 3in1 takde ker? then sebatang rokok perrghh, lumayan tuh..
    ::: nih mesti tak sempat nak pikir kat mana letak milo 3in1 tuh.. [huhu]
    ::: roti ker? takper, aku pon sama.. kalo aku malas masak, aku makan
    ::: quakeroat & milo oligo [kaler biru] semua instant tapi mengenyangkan
    ::: di samping kurang kolestrol.. kalo nak cepat lagi, beli pisang.. pon ok.
    ::: walopon skrg nih takde photo job, atleast idea bro masih kreatif tuuh
    ::: lawa laa gambar jari ada muka tuh [huhu].. setakat nih, dlm thn 2010
    ::: nih aku belum lagi berbuka dgn famili.. rindu plak.. tak sabar nak balik!

    ~ selamat bersahur, berpuasa bro!🙂😀 8)

  9. baning says:

    idea yg hebat.
    i am back

  10. fiq flaxx says:

    bila nk menembak sama ni.. lama x dgr tembakan shutter ko. hehe

  11. rahami says:

    nice idea bro🙂
    ske tgk

  12. k.e.r.i. says:

    aku biasa sahur air segelas dan rokok sebatang je.
    haha.
    selamat berpuasa bro!

  13. bro shoot gambar saya ajelah, saya pun tak org nak amikkan gambo huuuuu

  14. nurul says:

    hihihi. selamat berpuasa untuk kamu ok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s