raya! yeah!

Posted: 17 September, 2009 in Uncategorized

Kehadapan ayahanda bonda yang dikasihi di Malaysia,

Anakanda terpaksa meng upload ucapan raya ini di blog anakanada walaupun anakanda tau ayahanda bonda tidak tahu apa itu blog. Setelah 4 kali anakanda beraya disini dan sudah 4 kali anakanda menghantar surat di ‘Salam Perantauan’ di Utusan, masih tidak ada juga ucapan raya anakanda terpampang di dada akhbar 4 tahun lepas berturut-turut. Ramai juga student kita yang belajar di oversea ek? hmm … semperit yang bonda Fedex itu hari, anakanda sudah terima. Anakanda belasah satu balang sebab anakanda tidak boleh berkongsi dengan housemate anakanda. Lihat saja housemate anakanda yang berbaju melayu hitam. besarkan?pelahap juga budaknya. Disini anakanda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada ayahanda bonda di Malaysia. Ayahanda bonda tolong sampaikan Salam Aidilfitri dekat member-member Bangi, member-member BMI, member-member Unikl, member-member photographer, member-member KL-Kuantan dengan member-member TelitiNet. Maklumlah, nak hantar kad raya mahal harganya. Ayahanda bonda jangan Fedex kuih raya je, Fedex la sekali sampoerna dengan thunder clap barang  sekotak dua.

Salam anakanda mu di perantauan,

FarEast Ismail,

Manchester, UK

Foot Note : Salam Aidilfitri

Comments
  1. lady gaga says:

    gedik tak boleh blaa. duit raya pls. thank you!

  2. kak dilla says:

    salam eaz
    lar ni tak dek kat malaysia ka?
    lor kak dilla tertinggai keretapi rupanya

    dikesempatan ini kak dilla mohon ribuan kemaafan
    jika ada salah dan silap yang tak sedar tu
    mohon ampun dimaafi erk……..

  3. azurachan says:

    Salam Aidilfitri kembali..
    Semoga dilimpahi kurniaan rahmat daripada-Nya.

    p/s: Boleh request lagu raya tak kat ruangan ni? =p

  4. aie says:

    selamat hari raya mok

  5. zaiton yatim says:

    mu biar betul..
    mu kat msia ke kat manchester..????
    anyway akak sekeluarga mengucapkan selamat hari raya..
    maaf zahir dan batin
    kalo mu ado ke KL..jemput lah datang kerumah..
    akak balik KL seminggu lepas raya..

  6. Wak Kumis says:

    Re:Mualaikum Salam…….Selamat Hari Raya juga Wak ucapkan semoga kita sama2 mendapat keberkatan,Maaf Lahir dan Batin dari Wak Kumis Singapura.Minal aidin Wal Faizin….

  7. Abg Meor says:

    Bersempena hari lebaran yg bakal menjelma abg meor ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..kemaafan jua yg kupohonkan andainya ada salah silap yg abg lakukan. Di manapun faiz berada, jaga diri bebaik ye

  8. Kak Intan says:

    Selamat hari Raya Aidilfitri & maaf Zahir Batin buat Fareast & kwn2 di sana. Jgn nangis ek bila dengar takbir Raya🙂

  9. andaQ says:

    selamat hari raya..
    aku mntk maaf kalo ade salah n silap..
    slmt beraye kt manchester la k..
    hidup mu..🙂

  10. GLizZY says:

    ~ Salam Eid Ul-Fitr..
    (,”) Merci..

  11. Selamat menyambut hari raya aidil fitri
    Minal aidil wal faizin

  12. ::: askm bro fareast pekabar? salam ramadan selamat berpuasa & berbuka [huhu] aiiikk kat mana skrg bro ni? kat m’sia ke atau di manchester? pelik nih.. sbb mostly gambar2 bro mcm kat m’sia ajer.. takperlah, walu di mana bro berada, gambar2 yg bro uploadkan di sini semuanyer superb awesomeeee!!! i like.. [hehe] aku sukee lerr shot2 yg berlatarkan putih nih.. very2 nicee bro.. paling aku sukee shot atas kain sejadah sambil tadah tangan berdoa tuh [ekekeke] funny but i like it very much! mcm nih boleh buat kad raya dah.. guna shot tadi.. bro, sampoerna tuh rokok kan? thunderclap tuh plak mercun yek? [hahaha] funny bro..

    ::: akhir kata, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin bro!!!😀

  13. attiesya says:

    selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin.. kalau memandu balik kampung tu, hati2 di jalan raya!! Semoga ceria di pagi Syawal bersama insan-insan tersayang..

  14. Ushar says:

    Salam Bro…

    Eid Mubarak Minal Aidil Wal Faizin…..Wow! Beraya di Manchester ka? Tak rasa terkilan ka tak makan lemang time raya? Hahahaha……….Anyway anyhow….Raya la kat mana pun hatta di Himalaya sekalipun…kita tetap berpijak di bumi Allah swt. Errrr…..gambar kat white room tu sempoi!

  15. lydiarayyan says:

    i love these shots!!
    salam aidilfitri

  16. zh says:

    pics raya korang ceria bagaiii ni!!~

    eh selamat hari raya aidilfitri kk..
    🙂

  17. mshafie says:

    salam aidilfitri buat anda sekeluarga…

  18. faried says:

    slamat ari raya maap zahir batin
    nice white room collection =)
    best lak beraya kat tmpt org kan….

  19. nur says:

    salam Faiz,

    Selamat Hari Raya Idilfitri buat Faiz sekeluarga semoga berbahgia dihari yang
    mulia ini…kak nur pohon ampun dan maaf jika selama kita berfotopage dulu
    knur ada membuat kesalahan atau kesilapan semasa memberi komen tanpa knur sedari.

    Akhir sekali kalau jumpa syakir kirim salam buat ida, pica dan uwais.

  20. minmolek77 says:

    Raya jgn X raya….bermaafan sesama kita….selamat ari raya…maaf ampun segala….

  21. slamat hari raya
    maaf jika sepjg perkenalan kte;
    saya ada terkasar bahasa
    atau tersalah bicara!

  22. selamat hari raya! layan sey whiteroom korg~ mantop!

  23. agak2 berseri2 x wajah aku dengan lighting studio seperti ini?

  24. ariegaban says:

    wei paiz,amboi – dok oversea..kah kah kah.
    sorry lambat reply..aku beraya sakan tahun nie..
    jadi aku mau ucap selamat hari raya wei kawan..

    banyak job hang raya2 nie..sampai KK..bila bley tag dengan hang wei..
    buleh jalan2 shoot wedding selain dari malays wedding…

    okeh bro..
    selamat makan ketupat sampai pecah penimbang..

  25. gambo comel sgt . kat cik ecah punye blog pun same .

    anak-anak sape la yg kiut benor ni hehe =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s