travel log – s’pore!

Posted: 20 June, 2009 in Uncategorized

1st Day …

kali ni aku ke S’pore atas urusan kerja … satellite exhibition setiap tahun ni mmg menjadi rutin semua engineer macam aku ni attend … sambil kerja dan berparty! heh~! perjalanan dari KL ke JB mengambil masa 3 jam … korang boleh park kereta korang di Putri Pacific Hotel because kat situ parking paling selesa & dekat dengan taxi station … ada a ew meetings aku kena attend dekat JB ni … jumpa reseller, installer & ramai lagi la … cost taxi dari JB ke town s’pore (Rocho Road) lebih kurang RM70 …

dari situ aku bergerak ke Bugis MRT Station ke Paya Lebar MRT Station untuk ke Lion City Hotel tempat aku menginap … harga ticket lebih kurang $2.20 Dollar … sebelum aku ke hotel, kami singgah di shopping mall untuk pekena mee rebus the best dekat Paya Lebar tu … memang superb! lunch sudah, aku bergerak ke hotel dengan langkah malas … panas betul! sewa satu malam di Lion City Hotel it costs around $ 115 Dollar ++ for Malaysian … damn! ada pula Malaysia Rate which is lagi cheaper😉

lepas kemas² apa yang patut, baru aku ke money changer berdekatan hotel … aku boleh lupa nak tukar duit before masuk tadi … sambar sekotak sampoerna besar, aku mandi² coz lepas ni aku nak ke Esplanade Mall … kebetulan aku ke S’pore tengah buat sale … damn! rambang mata aku … semua murah! dekat Esplanade Mall ni korang boleh tgk live show cause kat sini ada big stage macam Opera House dekat Sydney tu … cost dari hotel nak ke sini lebih kurang $11.45 Dollar … dekat sini korang juga boleh layan view yang cukup menarik dari tepi laut especially dapat tengok kota S’pore pada sebelah malam …

tak cukup melihat live band dekat Esplanade Mall, aku bergerak menuju ke Riverside Point … cost ke sini dari Esplanade Mall lebih kurang $6 Dollar … sampai aje area Riverside Point tu, aku terkejut! damn! ni baru night life … aku ke club² yang boleh dikatan famous juga la … dekat sini, weekdays pun dah terasa macam weekend je … view kat sini menarik sebab dia terletak tepi muara … tak kurang juga view chicks yang keluar masuk kelab dekat situ … memandangkan aku ni tak layan sangat clubbing ni, so tak lama aku kat sana … meneruskan perjalanan pergi ke Quay Bay dimana kat sini lebih kurang macam fun fair … it’s really fun but no fair for me … damn! agak expensive nak main benda ni … peduli apa aku … try juga! Malaysia mana dapat bai benda ni … (sila lihat video)

kaki dah mula tak larat nak melangkah, aku tahan taxi … hotel la tempat aku tuju … mata mula mengantuk … cost dari Riverside Point ke hotel costs lebih kurang $8 Dollar … aku ke 7E berhampiran hotel, sambar sebotol dua air mineral dengan M&Ms … dekat hotel tu, untuk internet connection price for 1 hour is $5 Dollar, for 5 Hours is $ 15 Dollar and for 24 Hours is $ 22 Dollar … aku tido …

2nd & Final Day

Perjalanan aku dimulakan seawal 9 pagi untuk ke S’pore Expo (Tapak Expo) … taxi juga pagi tu, kata journey aku disupport sepenuhnya … heh~! cost taxi dari hotel ke tapak Expo lebih kurang $13 Dollar … kat S’pore Expo ni kita boleh tengok macam² teknologi telecommunication dari pelbagai negara … puas juga la aku meronda … ada juga wakil dari Malaysia …

perut lapar!~ aku naik MRT menuju ke Bugis & makan dekat area Malay Village … pada penggemar murtabak S’pore and nasi bryani, aku suggest korang pergi ke restoran zam zam … famous juga restaurant ni … masuk newspaper! aku tak bohong … serious sedap! nasi beryani harga $8 Dollar & murtabak S’pore $5 Dollar … kalau nak balik ke JB semula, korang boleh pergi dekat taxi station dekat Rocho Road … situ ada taxi ke JB … cost taxi ke JB lebih kurang $40 Dollar …

next time aku nak S’pore lagi … Syuk, bila nak ajak aku? hehe

Foot Note : I need foot massage

Comments
  1. LITTLESTARS says:

    hui….. sonoknya…
    keje sambil jalan2…. yang penting ble snap gambar…

  2. k.e.r.i. says:

    gambar superb!!!
    mahu ke singapore juga, tapi kena angkat dslr dulu lah.
    hahahaha

  3. tak jumpa wak kumis teksi bro?

  4. andaQ says:

    fuh..sronok btol keje smbil jalan2..🙂

  5. mshafie says:

    Manyak syok pegi Singapore eh??

    Nice picture esp funggung awekzz tuh..

    Congrats pasal gambo masuk web 3R…

  6. quizzi says:

    singaaaporeeeee best!

  7. baayah says:

    gambar2 cantik…….
    ntah bila la akak plk nk sampai singapore nih….:)

  8. cak says:

    keje pon takpe la kan, asal dpt menjalan2. sponsored plk tuh. huii..bila la aku nak dpt peluang mcm ni. err…nnt ko ada keje mcm ni lg ajak aku skali ya..tau!!

    nite scene adalah terbaek!!

  9. wannsscfs says:

    As usuallaaaa gambar semuanya cantik yg paling aku suka gambar panorama bandar singapore tue..mmg marveles..ekekekekeke…….

  10. baning says:

    Lama dah berhajat nak ke Pulau Singapura …. sampai kian tak tercapai

  11. jeme says:

    huhu..jalan sajer ekk keje..gambo lawo..crispy

  12. lieya_latif says:

    BEST TU …..tak boring kalo camni kan …keje camni best…takle boring dok terperap kat opis….cantik2 pic kat sini…suke lieya tgk…bestkan dpt gi negara org..dpt cuci mate sambil tu shopping2..ops ni utk perempuan la kot hi hiihi

  13. nice..gamba sume sharp2~ love it! =]

  14. hanif ramli says:

    tak sah if bkk page ko, ko ney x g bejalan..uuhhhh..
    pasney mne plak bro?? jeles syial..haahaha..
    reaku igt aku sorang yg mnyampah ko pn mnyampah gk ey heheh

  15. jeff says:

    >> ke singapore pula nampaknya…
    >> tempat yg paling happening kat asia ni…:-d

  16. saNi says:

    wah duk main sakseFoN sekarang..uhuuu gurau je Bro.. hmm suka gambar heart of singapoRe… meLeTops…

  17. syuksharkawi says:

    abang engr ni bila nk bertandang ke umah sy?
    saya rs bangga abg engr dapat datang hahaah

  18. singapore. last pegi masa kecik. tak ingat sgt pun. dan tak ingat pegi mana. hehe.

    akhirnya aku update juga. eh. brader, awak ni ke yg saya terjumpa kat PMI3 bukit jalil yek? ker ada kembar seiras? =)

  19. yiyani says:

    wahhh..
    wahhh mee..
    wahhh awek pakai skirt…
    //saja jer tukar angin.. layan facebook lak skang ni..

  20. fiziskandarz says:

    it’s beeen gazillion years since the last time we visited singapore.. friend of ours visited couple of months back and it seems a more attractions and landmarks.. bro upload laa gamba singpoare lagik.. nak tgk!!!😀

  21. aie says:

    tukar layout nampak ngehehehe…

  22. Ouhh i missed jalan2 ke singapore sampai rasa nak nanges bila dpt duduk sbb kepenatan yg sgt hebat setelah satu hari berjalan. Cantek sehhh gmbr2 singapore u. Rasa nak repeat lg je dec nnt. Boxing day laktu harus la sale tak ingat mcm time i pegi last year.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s